WEBLOGS INI SEDANG DINAIKTARAF DAN SILA HANTAR BULETIN AKTIVITI RAKAN-RAKAN MENGENAI BELIA 4B DI ALAMAT gb4bmelaka@gmail.com TERIMAKASIH. BERGERAK !!!!

Thursday, 21 June 2012

APA ITU PARLIMEN BELIA???


UCAPAN YAB NAJIB DI HADAPAN JUTAAN BELIA DI PUTRAJAYA

PUTRAJAYA 28 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan enam inisiatif yang membawa manfaat kepada orang muda termasuk penubuhan Parlimen Belia yang memberi peluang kepada belia untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan.
Perdana Menteri berkata, melalui inisiatif tersebut, belia berpeluang untuk memilih wakil mereka yang seterusnya akan membahas usul serta memberi cadangan kepada kerajaan.
‘‘Kerajaan seterusnya akan memberi pertimbangan yang sebaik-baiknya terhadap cadangan berkenaan.
‘‘Kita akan tentukan syarat untuk Parlimen Belia seperti menetapkan had umur, mungkin umur perlu di bawah 40 tahun atau 30 tahun,” katanya ketika berucap pada Himpunan Sejuta Belia sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menteri-menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin belia dari seluruh negara.
Selain Parlimen Belia, Najib turut mengumumkan lima inisiatif lain yang menguntungkan belia seperti berikut:
* Mewujudkan Taman Belia di Putrajaya bagi menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti orang muda seperti perkhemahan.
* Memperkenalkan portal belia yang memaparkan maklumat aktiviti belia di negara ini.
* Memperkenalkan program Ikon Belia untuk mengenal pasti idola yang boleh menjadi role model kepada kumpulan belia.
* Memperkenalkan My Corps untuk menggalakkan dan memupuk semangat kesukarelaan di kalangan belia.
* Melaksanakan program The Leader yang berkonsepkan mentor-mentee dalam pelbagai bidang termasuk keusahawanan, sektor awam, industri, aktiviti sosial, kreatif dan kerjaya demi kebaikan belia.

Tuesday, 19 June 2012

DEMONTRASI JALANAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KELEMAHAN DEMOKRASI

SALAM BELIA 4B...

KAMI GERAKAN BELIA 4B MELAKA BERPENDIRIAN BAHAWA DEMONTRASI JALANAN YANG DILAKUKAN OLEH PEMBANGKANG YANG DIKETUAI OLEH AMBIGA BUKANLAH SATU PENYELESAIAN KEPADA MASALAH DEMOKASI..DEMONTRASI JALANAN BUKANLAH BUDAYA RAKYAT MALAYSIA DAN BUKANNYA SATU CARA PENYELESAIAN YANG BAIK.KAMI BERPANDANGAN JAUH DAN MENGKAJI KESAN DARIPADA PERLAKUAN DAN TINDAKAN BERDEMONTRASI TERSEBUT.ADAKAH KITA BERHASRAT MELAHIRKAN GENERASI BELIA MALAYSIA YANG GANAS DAN SENTIASA HIDUP DALAM KEBENCIAN DAN DENDAM??

ADAKAH KITA INGIN SAMAKAN KEADAAN MASYARAKAT DAN BUDAYA NEGARA KITA DENGAN THAILAND , INDONESIA , MESIR DAN SEBAHAGIAN NEGARA YANG SUKA BERDEMONTRASI DAN MENGADAKAN KEKACAUAN JALANAN??
DAN KAMI TIDAK BERSETUJU DENGAN PANDANGAN SALLEHUDIN DALAM DEBATNYA DENGAN SAIFUDIN MALAM TADI YANG MENGATAKAN  demonstrasi boleh dijadikan sebagai alat untuk menghentikan kemelut kepada negara yang impikan demokrasi.
DAN INI JUGA BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM DAN SUNNAH RASULULLAH.

KITA SEHARUSNYA MENGAMBIL PENDEKATAN YANG LEBIH GENTLEMAN DAN BERMUSYAWARAH UNTUK MEMASTIKAN DEMOKASI DI MALAYSIA INI SUBUR DENGAN MENGIKUT AJARAN ISLAM SEBENARNYA DAN BUKANNYA HANYA MENGIKUT DALIL YANG MENYOKONG KEPADA PERJUANGAN SEMPIT MEREKA SEDANGKAN DALIL UNTUK PENYATUAN DAN KEBENARAN TIDAK DIGUNAPAKAI KERANA TIDAK CENDERUNG KEPADA PERJUANGAN MEREKA.(BOLEH RUJUK http://nurzulfakar.blogspot.com.

KITA BARISAN BELIA INGINKAN NEGARA YANG HARMONIS DAN BERJIWA MATANG DAN TIDAK SEKALI KALI MEMPERTARUHKAN KEDAULATAN NEGARA DAN KESUCIAN AGAMA HANYA MENGUTAMAKAN PERJUANGAN PARTI YANG SEMPIT DAN LEBIH KEPADA KEEGOAAN DAN KEPENTINGAN DIRI..
SEMUGA NEGARA KITA TERUS SELAMAT DAN AMAN DAMAI DAN DIBAWAH AR RAHMAN DAN AR RAHIM ALLAH SWT.


KESAN DARIPADA DEMONTRASI JALANAN


KESAN DARIPADA DEMONTRASI JALANAN




JOM KE PERASMIAN UTC DI MELAKA


SALAM PERJUANGAN

KITA SELAKU BELIA NEGERI MELAKA JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN SEMASA YANG BERLAKU DI NEGERI BERTUAH INI IAITU MELAKA..KERAJAAN NEGERI MELAKA DI BAWAH KEPIMPINAN YAB DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM TELAH BERJAYA MENJADIKAN MELAKA YANG MENDAHULUI DI NEGERI DALAM MALAYSIA..KITA SELAKU BELIA MELAKA HARUS MENYAMBUT DAN MENYAHUT SEGALA CABARAN YANG DILONTARKAN OLEH KM TERSAYANG KITA APATAH LAGI UNTUK KEBAIKAN RAKYAT MELAKA AM NYA DAN BELIA YANG KITA PERJUANGKAN KHUSUSNYA..

UTC - PUSAT TRANSFORMASI BANDAR YANG AKAN DIRASMIKAN OLEH YAB DATUK SERI NAJIB RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 23 JUN 2012 INI BERTEMPAT DI JALAN HANG TUAH JAM 9.00 PAGI.PROGRAM AKAN BERMULA DENGAN ACARA JOGGING BERSAMA KETUA MENTERI MELAKA DAN SELEPAS ITU MAJLIS PERASMIAN DAN JAMUAN RAKYAT.

DIANTARA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI UTC ADALAH:-
KEBAJIKAN,PEKERJAAN,PENDIDIKAN DAN LATIHAN,PEMBANGUNAN USAHAWAN,KESIHATAN,PERKHIDMATAN KEWANGAN,PERKHIDMATAN KERAJAAN,PE,BANGUNAN BELIA,PERKHIDMATAN NGO,UTILITI DAN KESELAMATAN.

KITA SEHARUSNYA MENGGUNAKAN PELUANG INI UNTUK SAMA SAMA MEMAJUKAN DIRI SENDIRI DAN SAMA SAMA BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT BAGI MEREKA YANG MEMERLUKAN. KERAJAAN NEGERI MELAKA AMAT MEMERLUKAN KESUKARELAAN DIKALANGAN BELIA APATAH LAGI BELIA DARIPADA GERAKAN BELIA 4B YANG SENTIASA MENDAHULUI DIANTARA PERTUBUHAN YANG LAIN BAGI MENJAMIN BELIA MEMPUNYAI MUTU DAN MODAL INSAN YANG TERBAIK DAN BERNAFAAT UNTUK NEGARA.BERSAMA KITA MELAHIRKAN BELIA YANG BERSYUKUR DAN SENTIASA BERTERIMAKASIH KEPADA KERAJAAN DAN BERSAMA SAMA MEMAJUKAN NEGERI MELAKA DAN NEGARA MALAYSIA YANG BERDAULAT.

PETIKAN AKHBAR
MELAKA 5 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di bangunan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Jalan Hang Tuah di sini pada 23 Jun ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, UTC tersebut adalah yang pertama dilancarkan oleh Perdana Menteri di negara ini.
Menurutnya, kira-kira 100,000 orang tetamu dari seluruh negeri dijangka hadir bagi memeriahkan majlis perasmian tersebut.
‘‘Saya telah minta setiap DUN menghantar 5,000 orang untuk memeriahkan perasmian kerana Melaka menjadi negeri pertama UTC dilancarkan oleh Perdana Menteri," katanya

SILA KLIK http://www.utusan.com.my

Wednesday, 13 June 2012

TAHNIAH GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

TAHNIAH KEPADA GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA KERANA MERAIKAN KEJAYAAN BERGANDA DI ATAS KEJAYAAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA DAN PERHIMPUNAN AMAN DAMAI DAN TENTERAM SEMPENA PELANCARAN KELAB NAJIB RAZAK DI PERHIMPUNAN EVOLUSI BELIA 4B DI ICITY SHAH ALAM SELANGOR.
PADA 8 JUN BERMULA JAM 5.00 PM MPAT GB4B KE 36 TELAH BERLANGSUNG DENGAN BAIK DI HOTEL GOLDCOURSE KLANG SELANGOR.MESYUARAT TELAH DIPENGERUSIKAN DENGAN BAIK DENGAN KEHADIRAN MEMNUHI KORUM MESYUARAT. TAHNIAH KEPADA AJK GB4B MALAYSIA DAN PERWAKILAN YANG MENUNJUKKAN KOMITMEN TINGGI DALAM MESYUARAT TERSEBUT. INI ADALAH SATU PETANDA BAHAWA GERAKAN BELIA 4B SEDANG MELALUI EVOLUSI BELIA YANG MENUJU PENYATUAN WALAUPUN MELALUI PELBAGAI BADAI DAN RINTANGAN.

USUL TELAH DIBACA DENGAN BAIK OLEH WAKIL DARI EXCO 4B MALAYSIA IAITU SDR ZAIDI MOHD YANG JUGA MERUPAKAN PENGERUSI 4B MASJID TANAH DAN SEKALI LAGI ORANG MELAKA DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MEMBAWA USUL INI DI DALAM MESYUARAT.

PERBAHASAN DAN HUJAH DIBERIKAN SANGAT BERNAS DAN BAIK MENYENTUH PERANAN KBS DALAM MEMAJUKAN BELIA DAN KEMENTERIAN LAIN DALAM MENYAHUT CABARAN PM YANG MENGATAKAN BELIA ADALAH PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA. DALAM UCAPAN DASAR PRESIDEN JUGA ADA MENYENTUH TENTANG MENGEMBALIKAN RUH PERJUANGAN 4B TANPA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI APABILA MENJAWAT JAWATAN TERTINGGI DALAM PERSATUAN BELIA 4B INI. DAN UCAPAN INI TELAH MEMBERI KESAN YANG BESAR KEPADA PERWAKILAN DI MANA MENGENANG KEMBALI SEJARAH SUSAH PAYAH PEMIMPIN DAHULU DALAM MENAKHODAKAN PERJUANGAN BELIA DAN MATLAMAT BANGSA. KERANA KITA SEDAR DAN TAGU GERAKAN BELIA 4B ADALAH PERSATUAN BELIA MELAYU YANG TERBESAR DAN MEMPUNYAI HALATUJU YANG NYATA IAITU MEMBAYA BELIA MELAYU BERAGAMA ISLAM KEPUNCAK KEJAYAAN...

DALAM UCAPAN PENANGGUHAN SEKALI LAGI BELIA SEMUA DITEGASKAN SUPAYA TIDAK HANYA BERGANTUNG KEPADA PERUNTUKKAN DAN SUMBANGAN LUAR SEBALIKNYA KREATIF DALAM MENCARI SUMBER KEWANGAN DAN YAKIN DALAM PERJUANGAN 4B. KITA SEHARUSNYA BERJAYA MELAHIRKAN BELIA YANG BERAWASAN DAN BERINTEGRITI SESUAI DENGAN PEREDARAN ZAMAN YANG PENUH RANJAU DAN ONAK BERDURI.

SAYA PERCAYA DAN YAKIN DENGAN MENGHAYATI RUH PERJUANGAN 4B SEBAGAIMANA YANG DILONTARKAN OLEH SAUDARA PRESIDEN 4B MALAYSIA KITA BELIA 4B MAMPU MENJADI KUASA PENENTU DAN PENDESAK KEPADA KERAJAAN YANG KITA DOKONG DAN SOKONG SEKARANG AKAN MENJADI KERAJAAN YANG DINAMIK DAN STABIL LAGI TEGUH. KITA TIDAK SEPATUTNYA BERSETONGKOL DENGAN PUAK PENGKHIANAT YANG BERTOPENGKAN HUJAH HUJAH PALSU DAN FITNAH HANYA SEMATA MATA MENGUTAMAKAN KUASA UNTUK MENAKLUK PUTRAJAYA DENGAN KEKERASAN DAN SENTIMEN KEBENCIAN SESAMA RAKYAT.
 
WALAUPUN PADA UCAPAN PENAGGUHAN SAYA TIDAK DAPAT MELONTARKAN PANDANGAN DAN IDEA UNTUK MEMBUKA MINDA PARA PERWAKILAN DAN EXCO NAMUN SAYA YAKIN DENGAN UCAPAN PRESIDEN SEKIRANYA PARA PERWAKILAN MEMAHAMI DENGAN JELAS APAKAH MAKSUD DENGAN KEMBALI KEPADA RUH PERJUANGAN ASAL 4B DAN MENGHAYATI RUH PERJUANGAN 4B PASTI KITA AKAN SEDAR DAN INSAF BAHAWA KITA SEBENARNYA DITUGASKAN DAN DIAMANAHKAN OLEH AHLI 4B MALAYSIA UNTUK MEMBAWA BELIA KITA KE ARAH JALAN YANG DIREDHAI ALLAH DAN BUKANNYA MENYUMBANGKAN KE ARAH KEHANCURAN DAN KEMELARATAN DI NEGARA SENDIRI.
TAHNIAH KEPADA 4B MALAYSIA DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PEJUANG PEJUANG
BANGSA KITA..
 
BERGERAK!!!!
 
MOHD NIZAM OMAR
TIMBALAN PRESIDEN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
MERANGKAP
PENGERUSI
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA NEGERI MELAKA

Tuesday, 5 June 2012

1 DALAM SEJUTA



Sejak saya mula berkecimpung dalam dunia media sosial untuk berhubung dengan rakyat Malaysia, ianya telah banyak membantu saya untuk sentiasa mengetahui isu-isu yang menyentuh kehidupan anda. Seperti yang sedia maklum, saya ada menyatakan hasrat untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan online saya, dan sudah tentu cara yang terbaik adalah untuk bertemu dan bersemuka. Selepas bertemu dengan beberapa pengikut Twitter saya baru-baru ini, saya ingin bersua pula dengan rakan-rakan Facebook saya.
Oleh itu, untuk memilih rakan online saya yang bertuah, saya ingin mengundang semua rakyat Malaysia – termasuk anda - untuk menyertai kempen 1 Dalam Sejuta . Anda hanya perlu lawati laman Facebook saya untuk mendaftar.
Jangan lupa untuk kongsikan berita ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda! Sekiranya rakan yang anda jemput dipilih sebagai pemenang, anda juga mungkin berpeluang untuk turut hadir bersama dengan mereka. Saya menantikan penyertaan anda.

YAB Dato' Seri Najib Tun Abd Razak
Perdana Menteri


LAGI 2 HARI MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA


TARIKH SEMAKIN HAMPIR UNTUK BELIA 4B SELURUH MALAYSIA BERHIMPUN DAN BERKUMPUL BAGI MEMENUHI TUNTUTAN DAN TANGGUNG JAWAB SEBAGAI AHLI BELIA 4B YANG TELAH TERPILIH SEBAGAI PERWAKILAN KAWASAN KE KEBANGSAAN.
MELAKA MEMPUNYAI 6 PARLIMEN DAN IAITU
  1. ALOR GAJAH
  2. JASIN
  3. TANGGA BATU
  4. BUKIT KATIL
  5. MASJID TANAH
  6. KOTA MELAKA
DAN SETIAP PARLIMEN ITU MEMPUNYAI PERWAKILAN UNTUK MEWAKILI PARLIMEN / KAWASAN MASING MASING KE MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA.

SESUNGGUHNYA MELAKA TELAH DIIKTIRAF SEBAGAI NEGERI BELIA DAN KETUA MENTERI MELAKA KINI SENDIRI PUN BEKAS PRESIDEN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA PASTI AKAN TERUS BERGANDING BAHU DENGAN PADU MENYOKONG KEPIMPINAN DAN MEMBANTU MENGEMBELING TENAGA MEMBAWA BELIA 4B KEARAH KEJAYAAN.

PASTINYA KALI INI BELIA MAHUKAN RUANG YANG CUKUP DALAM UCAPAN PENAGGUHAN UNTUK MEMBAWA ISU ISU SETEMPAT KE PERINGKAT KEBANGSAAN SUPAYA DAPAT DIKONGSI DAN DIKUPAS BERSAMA MENJADI TAULADAN DAN SEMPADAN UNTUK KAWASAN KAWASAN LAIN.

EVOLUSI BELIA 4B YANG DIBAWA DALAM GERAKAN BELIA 4B INI PASTI MENCETUS IDEA DAN GERAK KERJA YANG JITU SEIRING DENGAN SEMANGAT 1MALAYSIA DAN WAWASAN 2020 YANG NEGARA MAJU DALAM ACUAN SENDIRI. KITA MENJANA EVOLUSI YANG SIHAT,MATANG DAN BERAKHLAK SESUAI DENGAN TUNTUTAN ISLAM YANG MAHUKAN GOLONGAN BELIA INI TERUS MENERUS MENUNTUT ILMU DAN MENJADI PEWARIS DUNIA YANG BERGUNA.

BANDAR TEKNOLOGI HIJAU YANG DICETUSKAN OLEH YAB KETUA MENTERI MELAKA JUGA BOLEH DISERAPKAN DIPERINGKAT KEBANGSAAN KERANA YAB PERDANA MENTERI KITA SENDIRI MEMANDANG TINGGI UNTUK MENJAGA DAN MEMLIHARA ALAM SEKITAR SUPAYA KITA GENARASI MUDA KITA MAMPU MEWARISI DUNIA YANG SIHAT DAN SEIMBANG.

NYATALAH BAHAWA BELIA 4B KITA BERADA DIDALAM LANDASAN YANG BETUL DAN BERADA DI SAMPAN YANG SEMPURNA.BAK KATA PEPATAH KOLEK SUDAH DI AIR,PENDAYUNG SUDAH DITANGAN..NAH MARILAH KITA BERSAMA MENDAYUNG KOLEK KITA KE DESTINASI YANG MAJU JAYA AMAN BAHAGIA BERSAMA MENERAJU BANGSA KE ARAH WAWASAN 2020 YANG GEMILANG DAN TERBILANG..

BERSATU BELIA KITA
BELAJAR BELIA KITA ILMU BERNAFAAT
BEKERJA BELIA KITA MENJANA EKONOMI MAPAN
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA

BERGERAKKKK!!!!!!

SELAMAT BERSIDANG KELAK ATAS SEMANGAT MUSYAWARAH DAN IMAN YANG IKHLAS...

WHAT YOU SAY - HIMPUNAN JUTAAN BELIA RETORIK ATAU MENARIK UNDI MUDA???

  What Say YOUTH - Himpunan Jutaan Belia  
 
What Say YOUTH - Himpunan Jutaan Belia dikatakan satu tanda penghargaan kepada golongan belia kerana menyumbang kepada negara. Ini kerana golongan belia dikatakan tunjang kepada pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara di masa hadapan. Apakah relevannya Himpunan Jutaan Belia ini? Atau adakah ia semata-mata satu retorik untuk menarik pengundi muda? Ikuti perbincangan bersama Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Muhammad Ghaddafi & Ketua Penerangan Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara, Armand Azha.
Date added: June 05, 2012
Duration: 45:06
Viewers: 933 views