TARIKH SEMAKIN HAMPIR UNTUK BELIA 4B SELURUH MALAYSIA BERHIMPUN DAN BERKUMPUL BAGI MEMENUHI TUNTUTAN DAN TANGGUNG JAWAB SEBAGAI AHLI BELIA 4B YANG TELAH TERPILIH SEBAGAI PERWAKILAN KAWASAN KE KEBANGSAAN.
MELAKA MEMPUNYAI 6 PARLIMEN DAN IAITU
- ALOR GAJAH
- JASIN
- TANGGA BATU
- BUKIT KATIL
- MASJID TANAH
- KOTA MELAKA
SESUNGGUHNYA MELAKA TELAH DIIKTIRAF SEBAGAI NEGERI BELIA DAN KETUA MENTERI MELAKA KINI SENDIRI PUN BEKAS PRESIDEN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA PASTI AKAN TERUS BERGANDING BAHU DENGAN PADU MENYOKONG KEPIMPINAN DAN MEMBANTU MENGEMBELING TENAGA MEMBAWA BELIA 4B KEARAH KEJAYAAN.
PASTINYA KALI INI BELIA MAHUKAN RUANG YANG CUKUP DALAM UCAPAN PENAGGUHAN UNTUK MEMBAWA ISU ISU SETEMPAT KE PERINGKAT KEBANGSAAN SUPAYA DAPAT DIKONGSI DAN DIKUPAS BERSAMA MENJADI TAULADAN DAN SEMPADAN UNTUK KAWASAN KAWASAN LAIN.
EVOLUSI BELIA 4B YANG DIBAWA DALAM GERAKAN BELIA 4B INI PASTI MENCETUS IDEA DAN GERAK KERJA YANG JITU SEIRING DENGAN SEMANGAT 1MALAYSIA DAN WAWASAN 2020 YANG NEGARA MAJU DALAM ACUAN SENDIRI. KITA MENJANA EVOLUSI YANG SIHAT,MATANG DAN BERAKHLAK SESUAI DENGAN TUNTUTAN ISLAM YANG MAHUKAN GOLONGAN BELIA INI TERUS MENERUS MENUNTUT ILMU DAN MENJADI PEWARIS DUNIA YANG BERGUNA.
BANDAR TEKNOLOGI HIJAU YANG DICETUSKAN OLEH YAB KETUA MENTERI MELAKA JUGA BOLEH DISERAPKAN DIPERINGKAT KEBANGSAAN KERANA YAB PERDANA MENTERI KITA SENDIRI MEMANDANG TINGGI UNTUK MENJAGA DAN MEMLIHARA ALAM SEKITAR SUPAYA KITA GENARASI MUDA KITA MAMPU MEWARISI DUNIA YANG SIHAT DAN SEIMBANG.
NYATALAH BAHAWA BELIA 4B KITA BERADA DIDALAM LANDASAN YANG BETUL DAN BERADA DI SAMPAN YANG SEMPURNA.BAK KATA PEPATAH KOLEK SUDAH DI AIR,PENDAYUNG SUDAH DITANGAN..NAH MARILAH KITA BERSAMA MENDAYUNG KOLEK KITA KE DESTINASI YANG MAJU JAYA AMAN BAHAGIA BERSAMA MENERAJU BANGSA KE ARAH WAWASAN 2020 YANG GEMILANG DAN TERBILANG..
BERSATU BELIA KITA
BELAJAR BELIA KITA ILMU BERNAFAAT
BEKERJA BELIA KITA MENJANA EKONOMI MAPAN
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA
BERGERAKKKK!!!!!!
SELAMAT BERSIDANG KELAK ATAS SEMANGAT MUSYAWARAH DAN IMAN YANG IKHLAS...
No comments:
Post a Comment