WEBLOGS INI SEDANG DINAIKTARAF DAN SILA HANTAR BULETIN AKTIVITI RAKAN-RAKAN MENGENAI BELIA 4B DI ALAMAT gb4bmelaka@gmail.com TERIMAKASIH. BERGERAK !!!!

Thursday, 21 June 2012

APA ITU PARLIMEN BELIA???


UCAPAN YAB NAJIB DI HADAPAN JUTAAN BELIA DI PUTRAJAYA

PUTRAJAYA 28 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan enam inisiatif yang membawa manfaat kepada orang muda termasuk penubuhan Parlimen Belia yang memberi peluang kepada belia untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan.
Perdana Menteri berkata, melalui inisiatif tersebut, belia berpeluang untuk memilih wakil mereka yang seterusnya akan membahas usul serta memberi cadangan kepada kerajaan.
‘‘Kerajaan seterusnya akan memberi pertimbangan yang sebaik-baiknya terhadap cadangan berkenaan.
‘‘Kita akan tentukan syarat untuk Parlimen Belia seperti menetapkan had umur, mungkin umur perlu di bawah 40 tahun atau 30 tahun,” katanya ketika berucap pada Himpunan Sejuta Belia sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menteri-menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin belia dari seluruh negara.
Selain Parlimen Belia, Najib turut mengumumkan lima inisiatif lain yang menguntungkan belia seperti berikut:
* Mewujudkan Taman Belia di Putrajaya bagi menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti orang muda seperti perkhemahan.
* Memperkenalkan portal belia yang memaparkan maklumat aktiviti belia di negara ini.
* Memperkenalkan program Ikon Belia untuk mengenal pasti idola yang boleh menjadi role model kepada kumpulan belia.
* Memperkenalkan My Corps untuk menggalakkan dan memupuk semangat kesukarelaan di kalangan belia.
* Melaksanakan program The Leader yang berkonsepkan mentor-mentee dalam pelbagai bidang termasuk keusahawanan, sektor awam, industri, aktiviti sosial, kreatif dan kerjaya demi kebaikan belia.

Tuesday, 19 June 2012

DEMONTRASI JALANAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KELEMAHAN DEMOKRASI

SALAM BELIA 4B...

KAMI GERAKAN BELIA 4B MELAKA BERPENDIRIAN BAHAWA DEMONTRASI JALANAN YANG DILAKUKAN OLEH PEMBANGKANG YANG DIKETUAI OLEH AMBIGA BUKANLAH SATU PENYELESAIAN KEPADA MASALAH DEMOKASI..DEMONTRASI JALANAN BUKANLAH BUDAYA RAKYAT MALAYSIA DAN BUKANNYA SATU CARA PENYELESAIAN YANG BAIK.KAMI BERPANDANGAN JAUH DAN MENGKAJI KESAN DARIPADA PERLAKUAN DAN TINDAKAN BERDEMONTRASI TERSEBUT.ADAKAH KITA BERHASRAT MELAHIRKAN GENERASI BELIA MALAYSIA YANG GANAS DAN SENTIASA HIDUP DALAM KEBENCIAN DAN DENDAM??

ADAKAH KITA INGIN SAMAKAN KEADAAN MASYARAKAT DAN BUDAYA NEGARA KITA DENGAN THAILAND , INDONESIA , MESIR DAN SEBAHAGIAN NEGARA YANG SUKA BERDEMONTRASI DAN MENGADAKAN KEKACAUAN JALANAN??
DAN KAMI TIDAK BERSETUJU DENGAN PANDANGAN SALLEHUDIN DALAM DEBATNYA DENGAN SAIFUDIN MALAM TADI YANG MENGATAKAN  demonstrasi boleh dijadikan sebagai alat untuk menghentikan kemelut kepada negara yang impikan demokrasi.
DAN INI JUGA BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM DAN SUNNAH RASULULLAH.

KITA SEHARUSNYA MENGAMBIL PENDEKATAN YANG LEBIH GENTLEMAN DAN BERMUSYAWARAH UNTUK MEMASTIKAN DEMOKASI DI MALAYSIA INI SUBUR DENGAN MENGIKUT AJARAN ISLAM SEBENARNYA DAN BUKANNYA HANYA MENGIKUT DALIL YANG MENYOKONG KEPADA PERJUANGAN SEMPIT MEREKA SEDANGKAN DALIL UNTUK PENYATUAN DAN KEBENARAN TIDAK DIGUNAPAKAI KERANA TIDAK CENDERUNG KEPADA PERJUANGAN MEREKA.(BOLEH RUJUK http://nurzulfakar.blogspot.com.

KITA BARISAN BELIA INGINKAN NEGARA YANG HARMONIS DAN BERJIWA MATANG DAN TIDAK SEKALI KALI MEMPERTARUHKAN KEDAULATAN NEGARA DAN KESUCIAN AGAMA HANYA MENGUTAMAKAN PERJUANGAN PARTI YANG SEMPIT DAN LEBIH KEPADA KEEGOAAN DAN KEPENTINGAN DIRI..
SEMUGA NEGARA KITA TERUS SELAMAT DAN AMAN DAMAI DAN DIBAWAH AR RAHMAN DAN AR RAHIM ALLAH SWT.


KESAN DARIPADA DEMONTRASI JALANAN


KESAN DARIPADA DEMONTRASI JALANAN




JOM KE PERASMIAN UTC DI MELAKA


SALAM PERJUANGAN

KITA SELAKU BELIA NEGERI MELAKA JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN SEMASA YANG BERLAKU DI NEGERI BERTUAH INI IAITU MELAKA..KERAJAAN NEGERI MELAKA DI BAWAH KEPIMPINAN YAB DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM TELAH BERJAYA MENJADIKAN MELAKA YANG MENDAHULUI DI NEGERI DALAM MALAYSIA..KITA SELAKU BELIA MELAKA HARUS MENYAMBUT DAN MENYAHUT SEGALA CABARAN YANG DILONTARKAN OLEH KM TERSAYANG KITA APATAH LAGI UNTUK KEBAIKAN RAKYAT MELAKA AM NYA DAN BELIA YANG KITA PERJUANGKAN KHUSUSNYA..

UTC - PUSAT TRANSFORMASI BANDAR YANG AKAN DIRASMIKAN OLEH YAB DATUK SERI NAJIB RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 23 JUN 2012 INI BERTEMPAT DI JALAN HANG TUAH JAM 9.00 PAGI.PROGRAM AKAN BERMULA DENGAN ACARA JOGGING BERSAMA KETUA MENTERI MELAKA DAN SELEPAS ITU MAJLIS PERASMIAN DAN JAMUAN RAKYAT.

DIANTARA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI UTC ADALAH:-
KEBAJIKAN,PEKERJAAN,PENDIDIKAN DAN LATIHAN,PEMBANGUNAN USAHAWAN,KESIHATAN,PERKHIDMATAN KEWANGAN,PERKHIDMATAN KERAJAAN,PE,BANGUNAN BELIA,PERKHIDMATAN NGO,UTILITI DAN KESELAMATAN.

KITA SEHARUSNYA MENGGUNAKAN PELUANG INI UNTUK SAMA SAMA MEMAJUKAN DIRI SENDIRI DAN SAMA SAMA BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT BAGI MEREKA YANG MEMERLUKAN. KERAJAAN NEGERI MELAKA AMAT MEMERLUKAN KESUKARELAAN DIKALANGAN BELIA APATAH LAGI BELIA DARIPADA GERAKAN BELIA 4B YANG SENTIASA MENDAHULUI DIANTARA PERTUBUHAN YANG LAIN BAGI MENJAMIN BELIA MEMPUNYAI MUTU DAN MODAL INSAN YANG TERBAIK DAN BERNAFAAT UNTUK NEGARA.BERSAMA KITA MELAHIRKAN BELIA YANG BERSYUKUR DAN SENTIASA BERTERIMAKASIH KEPADA KERAJAAN DAN BERSAMA SAMA MEMAJUKAN NEGERI MELAKA DAN NEGARA MALAYSIA YANG BERDAULAT.

PETIKAN AKHBAR
MELAKA 5 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di bangunan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Jalan Hang Tuah di sini pada 23 Jun ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, UTC tersebut adalah yang pertama dilancarkan oleh Perdana Menteri di negara ini.
Menurutnya, kira-kira 100,000 orang tetamu dari seluruh negeri dijangka hadir bagi memeriahkan majlis perasmian tersebut.
‘‘Saya telah minta setiap DUN menghantar 5,000 orang untuk memeriahkan perasmian kerana Melaka menjadi negeri pertama UTC dilancarkan oleh Perdana Menteri," katanya

SILA KLIK http://www.utusan.com.my

Wednesday, 13 June 2012

TAHNIAH GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

TAHNIAH KEPADA GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA KERANA MERAIKAN KEJAYAAN BERGANDA DI ATAS KEJAYAAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA DAN PERHIMPUNAN AMAN DAMAI DAN TENTERAM SEMPENA PELANCARAN KELAB NAJIB RAZAK DI PERHIMPUNAN EVOLUSI BELIA 4B DI ICITY SHAH ALAM SELANGOR.
PADA 8 JUN BERMULA JAM 5.00 PM MPAT GB4B KE 36 TELAH BERLANGSUNG DENGAN BAIK DI HOTEL GOLDCOURSE KLANG SELANGOR.MESYUARAT TELAH DIPENGERUSIKAN DENGAN BAIK DENGAN KEHADIRAN MEMNUHI KORUM MESYUARAT. TAHNIAH KEPADA AJK GB4B MALAYSIA DAN PERWAKILAN YANG MENUNJUKKAN KOMITMEN TINGGI DALAM MESYUARAT TERSEBUT. INI ADALAH SATU PETANDA BAHAWA GERAKAN BELIA 4B SEDANG MELALUI EVOLUSI BELIA YANG MENUJU PENYATUAN WALAUPUN MELALUI PELBAGAI BADAI DAN RINTANGAN.

USUL TELAH DIBACA DENGAN BAIK OLEH WAKIL DARI EXCO 4B MALAYSIA IAITU SDR ZAIDI MOHD YANG JUGA MERUPAKAN PENGERUSI 4B MASJID TANAH DAN SEKALI LAGI ORANG MELAKA DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MEMBAWA USUL INI DI DALAM MESYUARAT.

PERBAHASAN DAN HUJAH DIBERIKAN SANGAT BERNAS DAN BAIK MENYENTUH PERANAN KBS DALAM MEMAJUKAN BELIA DAN KEMENTERIAN LAIN DALAM MENYAHUT CABARAN PM YANG MENGATAKAN BELIA ADALAH PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA. DALAM UCAPAN DASAR PRESIDEN JUGA ADA MENYENTUH TENTANG MENGEMBALIKAN RUH PERJUANGAN 4B TANPA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI APABILA MENJAWAT JAWATAN TERTINGGI DALAM PERSATUAN BELIA 4B INI. DAN UCAPAN INI TELAH MEMBERI KESAN YANG BESAR KEPADA PERWAKILAN DI MANA MENGENANG KEMBALI SEJARAH SUSAH PAYAH PEMIMPIN DAHULU DALAM MENAKHODAKAN PERJUANGAN BELIA DAN MATLAMAT BANGSA. KERANA KITA SEDAR DAN TAGU GERAKAN BELIA 4B ADALAH PERSATUAN BELIA MELAYU YANG TERBESAR DAN MEMPUNYAI HALATUJU YANG NYATA IAITU MEMBAYA BELIA MELAYU BERAGAMA ISLAM KEPUNCAK KEJAYAAN...

DALAM UCAPAN PENANGGUHAN SEKALI LAGI BELIA SEMUA DITEGASKAN SUPAYA TIDAK HANYA BERGANTUNG KEPADA PERUNTUKKAN DAN SUMBANGAN LUAR SEBALIKNYA KREATIF DALAM MENCARI SUMBER KEWANGAN DAN YAKIN DALAM PERJUANGAN 4B. KITA SEHARUSNYA BERJAYA MELAHIRKAN BELIA YANG BERAWASAN DAN BERINTEGRITI SESUAI DENGAN PEREDARAN ZAMAN YANG PENUH RANJAU DAN ONAK BERDURI.

SAYA PERCAYA DAN YAKIN DENGAN MENGHAYATI RUH PERJUANGAN 4B SEBAGAIMANA YANG DILONTARKAN OLEH SAUDARA PRESIDEN 4B MALAYSIA KITA BELIA 4B MAMPU MENJADI KUASA PENENTU DAN PENDESAK KEPADA KERAJAAN YANG KITA DOKONG DAN SOKONG SEKARANG AKAN MENJADI KERAJAAN YANG DINAMIK DAN STABIL LAGI TEGUH. KITA TIDAK SEPATUTNYA BERSETONGKOL DENGAN PUAK PENGKHIANAT YANG BERTOPENGKAN HUJAH HUJAH PALSU DAN FITNAH HANYA SEMATA MATA MENGUTAMAKAN KUASA UNTUK MENAKLUK PUTRAJAYA DENGAN KEKERASAN DAN SENTIMEN KEBENCIAN SESAMA RAKYAT.
 
WALAUPUN PADA UCAPAN PENAGGUHAN SAYA TIDAK DAPAT MELONTARKAN PANDANGAN DAN IDEA UNTUK MEMBUKA MINDA PARA PERWAKILAN DAN EXCO NAMUN SAYA YAKIN DENGAN UCAPAN PRESIDEN SEKIRANYA PARA PERWAKILAN MEMAHAMI DENGAN JELAS APAKAH MAKSUD DENGAN KEMBALI KEPADA RUH PERJUANGAN ASAL 4B DAN MENGHAYATI RUH PERJUANGAN 4B PASTI KITA AKAN SEDAR DAN INSAF BAHAWA KITA SEBENARNYA DITUGASKAN DAN DIAMANAHKAN OLEH AHLI 4B MALAYSIA UNTUK MEMBAWA BELIA KITA KE ARAH JALAN YANG DIREDHAI ALLAH DAN BUKANNYA MENYUMBANGKAN KE ARAH KEHANCURAN DAN KEMELARATAN DI NEGARA SENDIRI.
TAHNIAH KEPADA 4B MALAYSIA DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PEJUANG PEJUANG
BANGSA KITA..
 
BERGERAK!!!!
 
MOHD NIZAM OMAR
TIMBALAN PRESIDEN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
MERANGKAP
PENGERUSI
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA NEGERI MELAKA

Tuesday, 5 June 2012

1 DALAM SEJUTA



Sejak saya mula berkecimpung dalam dunia media sosial untuk berhubung dengan rakyat Malaysia, ianya telah banyak membantu saya untuk sentiasa mengetahui isu-isu yang menyentuh kehidupan anda. Seperti yang sedia maklum, saya ada menyatakan hasrat untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan online saya, dan sudah tentu cara yang terbaik adalah untuk bertemu dan bersemuka. Selepas bertemu dengan beberapa pengikut Twitter saya baru-baru ini, saya ingin bersua pula dengan rakan-rakan Facebook saya.
Oleh itu, untuk memilih rakan online saya yang bertuah, saya ingin mengundang semua rakyat Malaysia – termasuk anda - untuk menyertai kempen 1 Dalam Sejuta . Anda hanya perlu lawati laman Facebook saya untuk mendaftar.
Jangan lupa untuk kongsikan berita ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda! Sekiranya rakan yang anda jemput dipilih sebagai pemenang, anda juga mungkin berpeluang untuk turut hadir bersama dengan mereka. Saya menantikan penyertaan anda.

YAB Dato' Seri Najib Tun Abd Razak
Perdana Menteri


LAGI 2 HARI MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA


TARIKH SEMAKIN HAMPIR UNTUK BELIA 4B SELURUH MALAYSIA BERHIMPUN DAN BERKUMPUL BAGI MEMENUHI TUNTUTAN DAN TANGGUNG JAWAB SEBAGAI AHLI BELIA 4B YANG TELAH TERPILIH SEBAGAI PERWAKILAN KAWASAN KE KEBANGSAAN.
MELAKA MEMPUNYAI 6 PARLIMEN DAN IAITU
  1. ALOR GAJAH
  2. JASIN
  3. TANGGA BATU
  4. BUKIT KATIL
  5. MASJID TANAH
  6. KOTA MELAKA
DAN SETIAP PARLIMEN ITU MEMPUNYAI PERWAKILAN UNTUK MEWAKILI PARLIMEN / KAWASAN MASING MASING KE MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA.

SESUNGGUHNYA MELAKA TELAH DIIKTIRAF SEBAGAI NEGERI BELIA DAN KETUA MENTERI MELAKA KINI SENDIRI PUN BEKAS PRESIDEN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA PASTI AKAN TERUS BERGANDING BAHU DENGAN PADU MENYOKONG KEPIMPINAN DAN MEMBANTU MENGEMBELING TENAGA MEMBAWA BELIA 4B KEARAH KEJAYAAN.

PASTINYA KALI INI BELIA MAHUKAN RUANG YANG CUKUP DALAM UCAPAN PENAGGUHAN UNTUK MEMBAWA ISU ISU SETEMPAT KE PERINGKAT KEBANGSAAN SUPAYA DAPAT DIKONGSI DAN DIKUPAS BERSAMA MENJADI TAULADAN DAN SEMPADAN UNTUK KAWASAN KAWASAN LAIN.

EVOLUSI BELIA 4B YANG DIBAWA DALAM GERAKAN BELIA 4B INI PASTI MENCETUS IDEA DAN GERAK KERJA YANG JITU SEIRING DENGAN SEMANGAT 1MALAYSIA DAN WAWASAN 2020 YANG NEGARA MAJU DALAM ACUAN SENDIRI. KITA MENJANA EVOLUSI YANG SIHAT,MATANG DAN BERAKHLAK SESUAI DENGAN TUNTUTAN ISLAM YANG MAHUKAN GOLONGAN BELIA INI TERUS MENERUS MENUNTUT ILMU DAN MENJADI PEWARIS DUNIA YANG BERGUNA.

BANDAR TEKNOLOGI HIJAU YANG DICETUSKAN OLEH YAB KETUA MENTERI MELAKA JUGA BOLEH DISERAPKAN DIPERINGKAT KEBANGSAAN KERANA YAB PERDANA MENTERI KITA SENDIRI MEMANDANG TINGGI UNTUK MENJAGA DAN MEMLIHARA ALAM SEKITAR SUPAYA KITA GENARASI MUDA KITA MAMPU MEWARISI DUNIA YANG SIHAT DAN SEIMBANG.

NYATALAH BAHAWA BELIA 4B KITA BERADA DIDALAM LANDASAN YANG BETUL DAN BERADA DI SAMPAN YANG SEMPURNA.BAK KATA PEPATAH KOLEK SUDAH DI AIR,PENDAYUNG SUDAH DITANGAN..NAH MARILAH KITA BERSAMA MENDAYUNG KOLEK KITA KE DESTINASI YANG MAJU JAYA AMAN BAHAGIA BERSAMA MENERAJU BANGSA KE ARAH WAWASAN 2020 YANG GEMILANG DAN TERBILANG..

BERSATU BELIA KITA
BELAJAR BELIA KITA ILMU BERNAFAAT
BEKERJA BELIA KITA MENJANA EKONOMI MAPAN
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA

BERGERAKKKK!!!!!!

SELAMAT BERSIDANG KELAK ATAS SEMANGAT MUSYAWARAH DAN IMAN YANG IKHLAS...

WHAT YOU SAY - HIMPUNAN JUTAAN BELIA RETORIK ATAU MENARIK UNDI MUDA???

  What Say YOUTH - Himpunan Jutaan Belia  
 
What Say YOUTH - Himpunan Jutaan Belia dikatakan satu tanda penghargaan kepada golongan belia kerana menyumbang kepada negara. Ini kerana golongan belia dikatakan tunjang kepada pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara di masa hadapan. Apakah relevannya Himpunan Jutaan Belia ini? Atau adakah ia semata-mata satu retorik untuk menarik pengundi muda? Ikuti perbincangan bersama Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Muhammad Ghaddafi & Ketua Penerangan Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara, Armand Azha.
Date added: June 05, 2012
Duration: 45:06
Viewers: 933 views


RAMAI YANG SEWEL SELEPAS MENONTON MAN SEWEL DATANG KL????

SALAM 1 MALAYSIA MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU MELAKA 750 TAHUN MELAKA NEGERI BELIA>>>

TAHNIAH KEPADA GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA DAN SAUDARA HARMIZI BIN MAT JUAH SELAKU PEN PENERBIT MOVIE INI. INI ADALAH SATU PERMULAAN YANG BAIK UNTUK ANAK ANAK MUDA BELIA MENCEBURKAN DIRI DALAM BIDANG PERFILEMAN INI.
JULUNG JULUNG KALINYA BELIA MENGELUARKAN FILEM SENDIRI UNTUK MEMBERI RUANG DAN PELUANG KEPADA ANAK MUDA MENGEMBANGKAN BAKAT DAN DAYA KREATIVITI BAGI MENGASILKAN SEBUAH FILEM ORANG MUDA YANG BAIK.
MAN SEWEL DATANG KL ADALAH SATU FILEM YANG BAIK DITONTON OLEH PARA BELIA DAN KELUARGA SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA PROGRAM BELIA KITA.

KAMI BERHARAP AGAR GB MALAYSIA AKAN TERUS MEMBUKA MINDA BELIA KITA DENGAN MENCEBURKAN DIRI DALAM PELBAGAI BIDANG YANG BARU KITA SAMA SAMA MEMPUNYAI WAWASAN DAN ASPIRASI YANG JAUH DAN MATANG UNTUK MENGGERAKKAN BELIA KITA KE ARAH KEJAYAAN.

SEMUGA FILEM INI MENJADI TITIK TOLAK DAN TITIK PERMULAAN UNTUK KITA BELIA SEMUA BERJAYA DALAM BIDANG PERFILEMAN DAN KARYA SENI.

SEBELUM ITU MARI KITA MENGHAYATI AMANAT PRESIDEN 4B MALAYSIA MENGENAI FILEM INI...

Salam saya bagi pihak Skuad 4B Perihatin dan semua ahli GB4B Malaysia memohon sokongan supaya sahabat2 dpt bersama keluarga, pengikut dan rakan taulan utk turun menonton filem Man Sewel Datang KL di pawagam berdekatan.

Ini kerana setiap tiket yg sahabat2 belikan akan menyumbang kpd TABUNG AMAL BELIA.

Melalui Tabung ini 4B Malaysia telah bersama mharumkan nama Belia Malaysia dgn membantu membina sebuah sekolah agama di Acheh pasca tsunami, membantu dlm bencana2 dlm negara seperti Banjir d Utara tanah air, Johor dan Selangor baru2 ini.

Semoga sokongan dari sahabat2 akan mendapat rahmat Allah swt. Salam Kasih Sayang dari saya dan seluruh keluarga Gerakan Belia 4B Malaysia.
Terima Kasih.
BERGERAK!!!

Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin

TAHNIAH 4B MALAYSIA..
BERGERAK

 KERJA KUAT - TIMBALAN PRESIDEN MEMPROMOSI DIPERINGKAT NEGERI MELAKA

TERIMAKASIH ATAS SOKONGAN RAKAN-RAKAN

STEADY NURUL TOKEY PANGGUNG YANG BERJAYA MALAM INI BERSAMA HARMIZI

BAKAR MENERIMA HADIAH CABUTAN BERTUAH DARI NIZAM OMAR

BELIA 4B MELAKA SELEPAS MENONTON MAN SEWEL
 

 PEMINAT PEMINAT MAN SEWEL

Monday, 4 June 2012

BLUE PRINT MELAKA MAJU TEKNOLOGI HIJAU

SALAM PERJUANGAN


UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG BLUE PRINT MELAKA MAJU SILA KLIK DI SINI  http://www.melaka.gov.my

JOM SAMA SAMA JOIN KONVENSYEN MEDIA SOSIAL NEGERI MELAKA

JOM KITA SAMA SAMA SERTAI DAN IKUTI KONVENSYEN MEDIA SIOSIAL NEGERI MELAKA  YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 10 JULAI 2012 BERMULA JAM 8.00 PAGI DI MITC MELAKA.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI http://melakakini.com.my/kms1mmlk/ UNTUK MENDAFTAR DAN MENGETAHUI AKTIVITI MENARIK DISANA..
HADIAH CABUTAN BERTUAH YANG LUMAYAN JUGA DISEDIAKAN...DATANG YEEEEE
BERGERAK!!!!!


TAHNIAH ATAS LANTIKAN SEMULA TYT MELAKA

SALAM 1MALAYSIA
SALAM MELAKA NEGERIKU SAYANG
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
MELAKA 750 TAHUN

KAMI MENGUCAPKAN SETINGGI TINGGI TAHNIAH KEPADA TYT KERANA DITERUSKAN LAGI PERKHIDMATAN BELIAU DI TANAH BERTUAH NEGERI MELAKA INI.
SEMUGA ALLAH MEMELIHARA TYT DAN SAMA SAMA BERUSAHA MEMAKMURKAN BUMI MELAKA INI.

TAHNIAH.


Nama T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Tarikh Memerintah
T.Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob 4 Jun 2004 - sekarang
T.Y.T Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabudin 4 Dis 1984 – 3 Jun 2004
(19 tahun 6 bulan)
T.Y.T Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan 23 Mei 1975 – 30 Nov 1984
(9 tahun 6 bulan)
T.Y.T Tun Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid 31 Ogos 1971 - 9 Mei 1975
(4 tahun 3 bulan)
T.Y.T Tun Haji Abdul Malek bin Yusuf 31 Ogos 1963 - 30 Ogos 1971
(8 tahun)
T.Y.T Tun Leong Yew Koh 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 1963
(6 tahun)

ATURCARA MESYUARAT PERWAKILAN AGUNG KEBANGSAAN

YAB DATO' SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK PERDANA MENTERI
AKAN MERASMIKAN MESYUARAT PERWAKILAN AGUNG TAHUN INI


( HARI PERTAMA – JUMAAT ) – 08 JUN 2012

10.00 Pagi - Pendaftaran Perwakilan
1.00 Tengahari - Rehat / Solat Jumaat
2.30 Petang - Pendaftaran Perwakilan
3.30 Petang - Taklimat Setiausaha Agung
4.30 Petang - Rehat / Minum Petang
5.00 Petang - Ketibaan
Ybhg Sdra Mua’amar Ghadafi Jamal Bin Datuk Wira Hj Jamaludin
 Presiden, Gerakan Belia 4B Malaysia
- Lagu Negaraku
- Lagu 4B
- Ikrar
- Bacaan Doa
- Mesyuarat – Sidang 1 bermula
7.00 Malam - Solat Maghrib berjemaah bersama Presiden
 - Makan Malam
8.30 Malam - Mesyuarat – Sidang 2

HARI KEDUA – SABTU ) – 09 JUN 2012

7.00 Pagi - Sarapan Pagi
8.00 Pagi - Semua Perwakilan berangkat ke Tapak Himpunan Evolusi NRC 4B                      
                                                     Malaysia di I-Citypark, Shah Alam, Selangor

ATURCARA
MAJLIS PERASMIAN
HIMPUNAN EVOLUSI NRC 4B MALAYSIA
09 JUN 2012 ( SABTU )

9.00 Pagi - Ketibaan Peserta
 - Ketibaan Dif-dif Jemputan
 - Ketibaan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

- NegaraKu
- Lagu 4B Malaysia
- Lagu 1 Malaysia
- Ikrar
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Oleh :
      Ybhg Sdra Mua’amar Ghadafi Jamal Bin Datuk Wira Hj Jamaludin
      Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia

      Ucapan Perasmian oleh :-

       YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak
 Perdana Menteri Malaysia

- Penyampaian Cenderahati Kepada Mantan-mantan Presiden 4B Malaysia
- Penyampaian Cek Sumbangan Pentadbiran kepada 4B Negeri-Negeri
- Pelancaran Najib Razak Club ( NRC ) 4B Malaysia
- Walkabout / Malaysia Book Of Records “ Rewang Evolusi 4B Malaysia “
- Jamuan


TAHNIAH KBS ATAS KEJAYAAN HARI BELIA NEGARA 2012

SALAM PERJUANGAN
KAMI GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA NEGERI MELAKA MERAKAMKAN SETINGGI TINGGI TAHNIAH KEPADA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN DIATAS KEJAYAAN MEREKA MENGANJURKAN HARI BELIA NEGARA 2012 YANG BERLANGSUNG HIMPUNAN BELIA 2 JUTA ORANG DENGAN JAYANYA DI PUTRAJAYA. http://www.hbn.gov.my/
KAMI SELAKU BELIA AMAT BERBANGGA DENGAN KEJAYAAN PENGANJURAN HARI BELIA TERSEBUT.
KAMI BERHARAP AGAR PROGRAM SEBEGINI DAPAT DIPERTINGKATKAN DAN DAPAT MEMENUHI ASPIRASI NEGARA IAITU MEMPERTINGKATKAN MODAL INSAN DENGAN MENGELUARKAN BELIA BELIA YANG GLOKAL DAN BERPOTENSI BESAR DAN HEBAT.
TAHNIAH KBS..
BERGERAK....


MAN SEWEL DATANG KL???


5 JUN 2012 INI JAM 9.00 MALAM SAMASAMA KITA SAKTIKAN FILEM MAN SEWEL DATANG KL DIGOLDEN SCREEN DI MELAKA
1hr 43min‎ - ‎Rated U‎ - ‎Comedy‎ - ‎Malay‎
Golden Screen Cinemas - Aeon Bandaraya Melaka - Lot S35, Second Floor, AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre No. 2, Jalan Lagenda, Taman I-Lagenda, Malacca - Map
12:30‎ - ‎14:40‎ - ‎16:50‎ - ‎19:00‎ - ‎21:10‎
BERSAMA KITA MEMBUAT SUMBANGAN UNTUK TABUNG PRIHATIN GB4B MALAYSIA SAMBIL MENONTON BERSAMA KELUARGA DAN BELIA FILEM MAN SEWEL DATANG KL          

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

Sejarah penubuhan 4B

Cetusan idea dan ilham saudara Mohd. Kassim Shah, seorang guru di Sekolah Lelaki Methodist, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, selaku Pengerusi Ikatan Seni Budi yang bergabung dengan Persidangan Tetap Belia Daerah (PTBD) Kuala Lumpur. Pada 1964 PTBD merangkumi sebanyak 21 buah persatuan adalah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saudara Mohd Kassim Shah merupakan pemimpin yang berminat dalam hal ehwal kemasyarakatan, kebajikan dan politik tanahair, di mana beliau pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setapak, Kuala Lumpur.
PTBD diwujudkan oleh kerajaan di setiap daerah seluruh negara di mana strukturnya tertumpu dalam satu-satu daerah dengan tujuan kesemua persatuan belia menyertai PTBD di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat sumbangan dan bantuan dari JKM untuk aktivitinya. Ketika itu, pertubuhan belia Malaysia Association of Youth Council (MAYC) berperanan peringkat kebangsaan dan PTBD pula berperanan pada peringkat daerah sahaja.
Tahun 1965 berlaku satu peralihan pada semua persatuan dan pertubuhan belian di seluruh negara diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan beribu pejabat di no. 165, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ketika itu Allahyarham Dato’ Engku Mohsin Abdul Kadir merupakan Menteri Muda KBS.
Sebelum 4B, MAYC ditubuhkan untuk kepentingan penjajah agar pemimpin-pemimpin belia tidak terlibat dalam politik di mana ketika itu pemuda UMNO bersemangat memerdekakan negara. Setelah tampuk pimpinan MAYC diambilalih oleh YM Tengku Abdullah iaitu adik kepada Yang diPertuan Agong Pertama, tidak ada badan belia kebangsaan, hanya MAYC bergerak bersama gabungan belia-belia telah mendapat berbagai-nbagai faedah daripada kerajaan sebagai bukan parti siasah.

Tujuan dan matlamat

Tujuan kewujudan MAYC adalah sebagai badan gabungan seluruh belia yang ada di seluruh negara, seperti penjelasan dari Encik Abdullah Malim Baginda bekas Penolong Pengarah Belia di KBS, kurang mendapat sambutan dari belia-belia. Lagipun, MAYC tidak mampu menarik belia-belia untuk menyertainya. Pada Ogos 1964, KBS telah diwujudkan dan pada November 1965, KBS telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Chengmai, Bangkok, Thailand bertujuan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin belia negara ini meluaskan pengetahuan dari luar negara. Seramai 29 perwakilan dari persatuan belia dari seluruh negara termasuk juga dari PTBD Kuala Lumpur yang diwakili oleh saudara Mohd Kassim Shah, saudara Ghazali Salleh dan saudara Bala Velusamy.
Program 11 hari tersebut, perwakilan dibawa melawat dan meninjau kegiatan-kegiatan pemimpin 4H Thailand di mana dari situ timbul satu kesedaran supaya pemimpin Malaysia memulakan satu aktiviti yang sama di tanah air sendiri. Cadangan ini dimaklumkan pada KBS untuk mencontohi usaha pemimpin di Thailand agar pemimpim belia di luar bandar dapat melaksanakannya.
Pada 26 Disember 1965, satu pertemuan diadakan dengan YB Engku Mhsein Abdul Kadir, Menteri Muda KBS di ibu pejabatnya, diketuai oleh Saudara Mohd. Kassim Shah, Allahyarham saudara Baharuddin Hussein, saudara Ali bin Abdul Rahman, saudara Mohd Zain bin Rashid, saudara Mohd Nor bin Haji Yusof, saudara Bala Velusamy dan turut hadir encik Abdullah Malim Baginda, pegawai KBS.
Di pertemuan tersebut, YB Menteri Muda bersetuju agar belia-belia terutamanya di luar bandar menjayakan aktiviti dalam bidang pertanian, ternakan dan sebagainya bagi mengelakkan belia-belia berhijrah ke Bandar dan tidak menumpukan kegiatan kebudayaan semata-mata sahaja. Sokongan penuh dan dorongan YB Menteri Muda KBS di mana satu perubahan perlu ditekankan terhadap belia di negara ini supaya dapat ditonjolkan bagi menceburi aktiviti-aktiviti yang mendatangkan hasil dan faedah untuk masa hadapan mereka. Terutamanya, bidang pertanian ,perternakan,perniagaan dan lain-lain di mana penglibatan belia dapat membantu kerajaan dalam pembangunan luar bandar. Belia-belia yang menganggotai PTBD diberi tugas dan tanggungjawab untuk memainkan peranan bagi menukar mentality dan cara hidup para belia supaya menjadi lebih kreatif dan berani menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Alamat surat-menyurat

Gerakan Belia 4B Malaysia
JKR 525 Jalan Persekutuan
Bukit Persekutuan
50480 Kuala Lumpur
Phone: 603-2282 4649 / 2282 9648
Fax: 603-2282 6649
e-mel : admin@4bmalaysia.com
web  : http://www.gb4bmalaysia.org/